KATALOG EBOOK BAHASA MELAYU
EBOOK 30 RESIPI HIDANGAN DI HARI RAYA
Hari raya akan tiba. Sanak saudara, sahabat handai dan jiran tetangga akan datang berziarah. Hari yang akan disambut dengan perasaan penuh gembira. Kegembiraan itu akan dimeriahkan lagi dengan hidangan istimewa untuk para tetamu. Pilihan menu yang pelbagai tentunya membuat tetamu berasa teruja. Ebook ini memuatkan 30 resepi yang dibahagikan kepada 5 hidangan iaitu Hidangan Biskut, Hidangan Kek, Hidangan Kuih Tradisional, Hidangan Biskut Moden dan Hidangan Kuih Basah/Berkuah. Semoga hari raya anda disambut semeriah-meriahnya dengan hidangan yang berseri. TEKAN DI SINI!!

EBOOK 30 RESIPI KUIH TRADISIONAL PAHANG
Sebagai menghargai datuk nenek kita adalah dengan memelihara tradisi yang ditinggalkan oleh mereka. Di antara tradisi mereka dapat kita lihat dan rasa di dalam kuih muih turun temurun. Setiap negara di dunia mempunyai makanan tradisi tersendiri. Malaysia juga tidak ketinggalan bahkan kaya dengan makanan-makanan tradisinya di setiap negeri. Ebook ini menampilkan 30 resipi kuih muih tradisional di Negeri Pahang Darul Makmur. Untuk mengekalkan tradisi datuk nenek di Pahang, milikilah ebook ini sebelum terlewat. Di dalamnya terdapat kuih muih berbagai bentuk rupa dan rasa. Keunikan yang tersendiri!! TEKAN SINI!!
EBOOK 30 RESEPI
SEAFOOD: IKAN,KERANG, UDANG, KETAM DAN SOTONG
Bila sebut seafood terbayang dalam kepala
tentang ikan, kerang, udang, ketam dan sotong. Di dalam ebook ini
dimuatkan 30 menu semuanya untuk anda
pilih. 6 menu setiap seafood. Anda akan memiliki 30 menu dengan pembelian
RM1.00. Berbaloi bukan?? Jadi, dapatkan segera!! TEKAN SINI
EBOOK 30 RESEPI IKAN, AYAM, DAGING, SOTONG DAN UDANG
Ebook 30 RESEPI IKAN, AYAM, DAGING, SOTONG DAN UDANG menghimpunkan 30 menu berasaskan 5 sumber utama lauk pauk dalam masyarakat. Di dalam ebook ini terdapat 6 menu bagi ikan, ayam, daging, sotong dan udang membawa jumlah 30 resepi. Jadi, anda mempunyai banyak pilihan menu untuk dicuba. Selamat mencuba dan menikmati masakan tangan anda sendiri!! TEKAN SINI!!
EBOOK MOTIVASI PEPERANGAN
Buku “Motivasi Peperangan” menghimpunkan artikel-artikel motivasi peperangan berdasarkan petikan-petikan ayat al-Quran. "Ebook Motivasi Peperangan” ini. Ia boleh digunakan oleh semua orang bagi memperingati pengorbanan umat Islam terdahulu dan sebagai perangsang semangat patriotic di kalangan warga tentera khasnya dan warganegara umumnya. TEKAN SINI!!
EBOOK
MOTIVASI PEPERANGAN 2
Lanjutan
daripada Ebook Motivasi Peperangan 1. Ebook Motivasi Peperangan 2” boleh
digunakan oleh semua orang bagi memperingati pengorbanan umat Islam terdahulu
dan sebagai perangsang semangat patriotic di kalangan warga tentera khasnya dan
warganegara umumnya. TEKAN SINI!!
EBOOK
MOTIVASI RAMADHAN
Buku
“MOTIVASI RAMADHAN” ditulis bagi membantu pembaca membuat persediaan menghadapi
kehadiran bulan Ramadhan. Ramadhan adalah bulan yang istimewa kerana
kehadirannya sentiasa ditunggu. Bersempena kedatangan Ramadhan, ada baiknya
kita mengulangkaji sedikit kelebihan-kelebihan beramal ibadah di dalamnya.
Insyaallah, dengan mengulangkaji perkara-perkara tersebut akan membuatkan kita
bersedia untuk memaksimakan usaha beramal di bulan tersebut.Di antara peranan
RAMADHAN adalah memberi motivasi dan kekuatan ‘spiritual power’ kepada orang
Islam. Ramadhan adalah sebuah madrasah untuk mendidik keperibadian muslim. Ia
mendidik orang Islam supaya menahan nafsu daripada makan dan minum. Nafsu yang
sentiasa menjadi musuh dalam selimut kepada setiap jiwa manusia hanya dapat
ditewaskan dengan ibadat ulung “PUASA”. Ramadhan juga mendidik orang Islam
supaya bersedekah, beramal dan sebagainya. TEKAN SINI!!
EBOOK HUKUM BERKAITAN
COVID-19 (CORONAVIRUS)
Dunia sekali
lagi dikejutkan dengan wabak pandemik seperti wabak sebelum ini. Bahkan lebih
dahsyat. Seluruh dunia terkesan dengan kemunculan Wabak Corona Virus
(COVID-19). Malaysia tidak terkecuali daripada bahana wabak ini. Walaupun ini
bukan wabak pandemik yang pertama di dunia akan tetapi ia adalah wabak pertama
bagi kita yang hidup pada hari ini. Tiada yang telah hidup pada masa pandemik
yang sebelum ini muncul. Sudah beratus tahun lamanya ia berlaku. Oleh itu,
tiada seorang pun di antara kita yang menjangkakan kita mesti berkurung di
rumah tanpa peperangan. Surau dan masjid ditutup. Perhimpunan ramai dilarang
termasuk solat berjemaah. Solat Jumaat tiada. Cara pengurusan jenazah juga
berbeza sungguh. Sedikit sebanyak pandemik ini melibatkan hukum. E-Buku “Hukum
Berkaitan COVID-19” menghimpunkan soal jawab ringkas berkaitan hukum yang
berkaitan dengan wabak COVID-19. Soal jawab ini dibina daripada artikel-artikel
yang berkaitan COVID-19 di dada-dada akhbar dan media sosial alam maya. Saya
kumpul dalam bentuk soalan dan jawapan yang pendek-pendek. Ia bukanlah huraian
yang panjang lebar tetapi cukup untuk menjawab secara ringkas. Saya cuma
mengumpulkan perkara-perkara yang berkaitan feqah. Adapun perkaraperkara yang
berkaitan dengan akidah dan lain-lain saya tidak muatkan dalam E-Buku ini. TEKAN SINI!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan